Tuesday 16 January 2024

Pemakluman

Kemasukan pelajar sesi 1445H/2024M

Madrasah Nurul Taqwa,Pondok Kg Ayer Puteh,Junjong,09000 Kulim Kedah.

Kemasukan terhad kpd 08 orang pemohon sahaja

Untuk Pengesahan kemasukan boleh Hubungi talian :

Pejabat Madrasah : 04-4871086

Pembantu Mudir : 013-4227196


Kemasukan Kali Pertama 

Hari.    : Rabu 

Tarikh : 07/Feb/2024

Masa  : 09.00 Pagi - 5.00 Petang

-------------------------------------------

Kemasukan Kali Kedua 

Hari     : Ahad

Tarikh : 25/Feb/2024

Masa  : 09.00pg - 5.00ptg


Syarat kelayakan pemohon

1) Warganegara Malaysia Sahaja.

2) Belajar sepenuh masa.

3) Berumur 13 hingga 25 tahun sahaja. ( Lepasan SPM dialu-alukan)

4) Lelaki sahaja.

5) Tiada Rekod jenayah dan boleh mematuhi undang-undang Pondok.

6) Mampu berdikari mengurus diri sendiri.

7) kemahuan sendiri dan mendapat kebenaran utk belajar daripada waris.


Dokumen yang perlu disertakan 

1) Salinan ic pemohon

2) Salinan ic waris

3) Gambar 2 keping

4) Salinan surat berhenti sekolah

5) Salinan pengesahan Akoun Bank pemohon

6) Surat Akuan bersumpah (boleh diambil di Pejabat Madrasah)

Wednesday 20 December 2023

Pemakluman

Kemasukan pelajar sesi 1445H/2024M

Madrasah Nurul Taqwa,Pondok Kg Ayer Puteh,Junjong,09000 Kulim Kedah.

Kemasukan terhad kpd 08 orang pemohon sahaja

Untuk Pengesahan kemasukan boleh Hubungi talian :

Pejabat Madrasah 04-4871086

Pembantu Mudir : 013-4227196


Kemasukan Kali Pertama 

Hari.    : Rabu 

Tarikh : 03/Jan/2024

Masa  : 09.00 Pagi - 5.00 Petang

-------------------------------------------

Kemasukan Kali Kedua (bergantung kepada kekosongan)

Hari     : Ahad

Tarikh : 25/Feb/2024

Masa  : 09.00pg - 5.00ptg


Syarat kelayakan pemohon

1) Warganegara Malaysia Sahaja.

2) Belajar sepenuh masa.

3) Berumur 13 hingga 25 tahun sahaja. ( Lepasan SPM dialu-alukan)

4) Lelaki sahaja.

5) Tiada Rekod jenayah dan boleh mematuhi undang-undang Pondok.

6) Mampu berdikari mengurus diri sendiri.

7) kemahuan sendiri dan mendapat kebenaran utk belajar daripada waris.


Dokumen yang perlu disertakan 

1) Salinan ic pemohon

2) Salinan ic waris

3) Gambar 2 keping

4) Salinan surat berhenti sekolah

5) Salinan pengesahan Akoun Bank pemohon

6) Surat Akuan bersumpah (boleh diambil di Pejabat Madrasah)

Thursday 16 February 2023

Hebahan Umum

Pengambilan hanya tiga (3) org shj yg akan diambil.

kemasukkan pelajar baru sesi 2023 pada :

Tarikh : 3 Mei 2023 

Hari : Rabu 

Masa : 09.00 Am

Hubungi Pejabat Madrasah ditalian :

04-4871086

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

Kelayakkan pemohon adalah seperti berikut:


1.          Mempunyai semangat yg tinggi untuk belajar ilmu syariat.

2.          Bersedia mematuhi segala peraturan-peraturan madrasah.

3.          Mempunyai rekod akhlak yg baik di pusat pengajian terdahulu.

4.          Berumur diantara 13 hingga 20 tahun.

5.          Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.

6.          Boleh membaca dan menulis jawi dan rumi.

7.          Mendapat keizinan daripada ibubapa.

8.          Tempoh belajar tidak kurang 7 Tahun.

9.          Tidak merokok.

Monday 6 February 2023

 Hebahan Umum

Pengambilan pelajar baru terhad. Bergantung kpd kekosongan.Hanya lima (5) org shj yg akan diambil.

kemasukkan pelajar baru sesi 2023 pada :

Tarikh : 22 Feb 2023 

Hari : Rabu 

Masa : 09.00 Am

Hubungi Pejabat Madrasah ditalian :

04-4871086

Monday 29 November 2021

 


Syeikh Abdul Samad Al Palembani

Manaqib Beliau:

Nama sebenar beliau adalah :

 As-Syeikh Abdul Samad Bin Faqih Hussain Bin Faqih Abdullah

* berdasarkan kitab Anisul Muttaqin / Wan Mohd Shoqir 

As-Syeikh Abdul Samad Bin Syeikh Abdul Jalil bin Syekh Abdul Wahhab bin Syekh Ahmad Al-Hamdani.

* berdasarkan tulisan Tan Sri Prof Abd Jalil Hasan dlm warta Jabatan Agama Johor bilangan 244 tahun 1974 )

 

Garis keturunan sebenar Syeikh Abdul Samad ini Bila dilihat disebelah  bapanya adalah berketurunan Melayu Fathoni bagi pendapat yang pertama dan berketurunan ArabYaman bagi pendapat yang ke dua.Sementara ibu Syeikh Abdul Samad adalah Radin Ranti, seorang perempuan Palembang. Jadi jika dilihat garis keturunan ibu, Syeikh Abdul Samad keturunan Palembang Sumatera Selatan.Dilahirkan diPalembang pada 1116 Hijriyah atau 1704 Masehi.

 Pendidikan

Beliau disekolahkan dipondok Fathoni (Thailand). Pada masa itu Fathoni adalah salah satu tempat menimba ilmu-ilmu Islam dengan sistem pondok.Mungkin saja Syekh Abdul Samad bersama saudara-saudaranya seperti Wan Abdullah dan Wan Abdul Qadir telah memasuki pondok-pondok yang terkenal saat itu, seperti Pondok Bendang Gucil di Kerisik, Pondok Kuala Bekah atau Pondok Semala.Di antara para gurunya di Fathoni, yang dapat diketahui dengan jelas hanyalah Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok.Beliau juga mempelajari ilmu sufi daripada Syeikh Muhammad bin Samman, selain mendalami kitab-kitab tasawuf dari Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Samsuddin Al-Sumaterani, kedua-duanya dari Aceh.

Dari Fathoni,Syeikh Abdul Samad menyambungkan pelajarannya ke Mekah dan Madinah.Diantara Gurunya diMekah adalah Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Al-Sammani,Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi,Syeikh Abdul Al-Mun'im Al-Damanhuri,Syeikh Ibrahim Al-Rais,Syeikh Muhammad Murad,Syeikh Muhammad Al-Jawhari, dan  Syeikh Athoillah Al-Mashri.Disini beliau banyak bergaul dengan para ulama asal Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Daud Al-Fathoni.

Penulisan

Daftar Karya Syekh Abdul Samad al-Falembani:

1.Sirathul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid, 1178 H/1764 M.

2.Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah 1179 H/1765 M.

3. Hidayatus Salikin fi Suluki MaslakilMuttaqin, 1192 H/1778 M.

4. Siyarus Salikin ila ‘Ibadati Rabbil 'Alamin, 1194 H/1780 M -1203 H/1788 M.

5. Al-'Urwatul Wutsqa wa Silsiltu Waliyil Atqa.

6. Ratib Sheikh 'Abdus Shamad al-Falimbani.

7. Nashihatul Muslimina wa Tazkiratul Mu’minina fi Fadhailil Jihadi wa

Karaamatil Mujtahidina fi Sabilillah.

8. Ar-Risalatu fi Kaifiyatir Ratib Lailatil Jum’ah

9. Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi'ah fi Jihadi fi Sabilillah

10. Zatul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil 'Alamin

11. 'Ilmut Tasawuf

12. Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar Rahmatil Mahdah 'Alaihis Shalatu was Salam

13. Kitab Mi'raj, 1201 H/1786 M.

14. Anisul Muttaqin

15. Puisi Kemenangan Kedah.( fy)

Sejarah Hidup

Setelah menamatkan pengajian di tanah Arab,beliau pulang ke Nusantara bersama-sama rakan sepengajian yang lain.Diantara Rakan-rakan beliau antaranya adalah Muhammad Arshad bin Abdullah Al-Banjari, Abdul Wahab Bugis dan Daud Al-Fathoni.Setibanya mereka di Jakarta,mereka berpisah untuk kembali ke tempat masing-masing kecuali Syeikh Abdul Wahab Bugis yang mahu mengikut Syeikh Muhammad Arshad Al-Banjari pulang ke Banjarmasin Kalimantan Selatan.Setibanya beliau di Palembang,beliau mendapati Palembang sudah di kuasai oleh Belanda.Oleh kerana perasaan bencinya terhadap penjajah Belanda,maka beliau pun memutuskan untuk meninggalkan Palembang dan berhijrah semula ke Makkah.Bagi melakukan perjalanan,beliau menebang kayu di hutan untuk membuat perahu atau kapal kecil.Walaupun sebenarnya beliau bukanlah seorang tukang yang pandai membuat perahu, namun beliau sanggup mereka bentuk perahu itu sendiri untuk membawanya ke Mekah.

Setelah kembali menetap diMakkah, Syeikh Abdul Samad tetap memberikan perhatian besar pada perkembangan sosial, politik, dan keagamaan di Nusantara.Diantaranya ialah peperangan terbesar sekali diantara Umat Islam Fathoni melawan bangsa Siam yang baragama Budha yang berlaku di Fathoni dan kawasan sekitarnya.Setelah selesai menyusun kitabnya yang bernama Nasihatul Muslimin Watazkiratul mukminin fi fadhoilil jihadi wakaromatil mujtahidin fi sabilillahi,beliau ingin pulang ke Nusantara bagi membantu umat Islam di Pattani dan Kedah melawan keganasan Siam.Lebih-lebih lagi Rakan Karibnya Syeikh Daud Bin Abdullah sedang berada di Fathoni.Namun ketibannya beliau di Fathoni agak terlewat kerana pasukan pertahanan Fathoni telah hampir kalah.sementara itu syeikh Daud dan para pengikutnya terpaksa berundur ke Pulau Duyung Terangganu untuk menyusun semula langkah perjuangan.

Misteri Kematiannya

Sukar sekali menemukan kepastian mengenai tahun wafatnya Syeikh Abdul Samad.Menurut Dr M Chatib Quzwain dalam bukunya "Mengenal Allah Suatu Studi Mengenal Ajaran Tasauf Sheikh Abdus Shamad al-Palembani" pada tahun 1244 hijriyah atau 1828 masehi dikatakan umur Syekh Abdul Samad 124 tahun.

Al-Baythar menyatakan, Al-Palembani meninggal setelah 1200 hijriyah atau 1785 Masehi.Tetapi kemungkinan besar dia meninggal setelah 1203 Hijriyah atau 1789 Masehi, setelah dia menulis karya terkenalnya 'Sayr Al-Salikin'. Saat itu usianya berkisar 85 tahun.

Berdasarkan sumber diJeddah,dia dikatakan terbunuh dalam perang melawan Thailand pada 1244 Hijriyah atau 1828 Masehi.Tetapi, yang jelas, seperti ditulis penyair Malaysia yakni Muhammad Abdulloh bin Suradi dalam artikelnya "Syekh Abdul Samad Al-Falimbani, Ulama, Sufi dan Syuhada" masyarakat di fathoni telah menemukan makam Syeikh Abdul Samad di antara kampung Sekom dengan Cenak, di kawasan Tiba fathoni Utara,Selatan Thailand.


Monday 19 October 2015

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN & PENTADBIRAN MADRASAH NURUL TAQWA


Assalamualaikum WBH....

Pihak Pentadbiran Madrasah amat mengalu-alukan Pelbagai Sumbangan. Tuan2 / Puan boleh menyampaikan sumbangan terus ke Madarasah Nurul Taqwa atau boleh terus masuk ke Akaun MayBank Islamic / CIMB Islamic / Bank Islam. Jika menyalurkan Sumbangan melalui akaun Bank mohon Talifon atau SMS memaklumkan kepada Mudir Madrasah.
Muslimin dan Muslimat boleh hubungi :-

1. Ust. Haji Mohd. Hafizan ( Mudir ) - 019-4608156 
2. Sdr Pahimi Abdullah ( Setiausaha ) - 012-4367026

No Tel Pejabat Madrasah ( 04-4871086 )

Sekian Terima Kasih.

admin






Saturday 18 July 2015

Ustaz Hj Hafizan Yahya 17.07.2015 Khutbah Eidul Fitri 1 Syawal 1436 Hijrah

VIDEO KHUTBAH EIDUL FITRI 17.07.2015
OLEH : TG UST HJ HAFIZAN YAHYA. ( MUDIR MADRASAH NURUL TAQWA ) 
Sila Rujuk link :




RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN MADRASAH
MADRASAH NURUL TAQWA ( RM 500 Ribu )

Untuk Maklumat Lanjut Muslimin dan Muslimat boleh
menghubungi : 04-4871086
1. Tn Guru Ust. Haji Hafizan Yahya( Mudir ) - 019-4608156
2. Sdr Pahimi Abdullah ( Setiausaha ) - 012-4367026

No. Akaun Atas Nama Madrasah Nurul Taqwa
Bank Islam ( 02-057-01-003156-7 )
Mybank Islamic ( 552031106223 )







admin