Thursday 27 October 2011

Makluman

Makluman

Kuliah untuk bulan November ditangguhkan kerana Ustaz akan berangkat ke tanah suci Mekah & dijangka pulang ke tanah air pada 7 December 2011

Sekian dimaklumkan.

Saturday 24 September 2011

Madrasah Nurul Taqwa

Sistem Pondok

Pondok adalah sebuah tempat pengajian yang menjalankan sistem pengajiannya yang tersendiri. dan unik. Sistem talaqi (Menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan di pondok. Di sini Tuan-tuan Guru bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagai penasihat dan pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya sudah mampu berdiri sendiri dan keluar sebagai seorang Tuan Guru yang baru untuk mengembangkan sistem pondok ini khususnya dan islam amnya.